PERKHIDMATAN KLINIK PAKAR
Pakar Bersalin & Sakit Puan
Klinik pakar O & G di ketuai oleh Dr. Jamil Mohd. Sharif berkelulusan MBBh (Cairo), Masters O & G UKM dan MROG (LONDON).
Beliau dibantu oleh seorang pegawai perubatan O & G iaitu Dr. Mimi Suria Bt. Mohd Tap berkelulusan MD (UKM
Klinik pakar O&G ini menawarkan prkhidmatan perubatan perbidanan dan sakit puan.Antaranya ialah :-
Pemeriksaan Ante Natal dan Post Natal
Pemeriksaan Ultrasound
Pemeriksaan Pap Smear
Perkhidmatan Perancang keluarga seperti OCP,IUCD
Rawatan kemandulan (Infertility) seperti ovulasi,HSG,Laparoscopy,Dye Injection,IUI
Pemeriksaan sakit puan seperti Fibroid,cyst,gyenaeology,dan lain-lain
Pakar Kanak-Kanak
Klinik pakar kanak-kanak ini diuruskan oleh Dr Afifah Binti Ismail . Beliau berkelulusan MD dari UKM dan mendapat MMED (PAEEDS) dari UKM.
Klinik pakar ini meenyediakan perkhidmatan rawatan untuk kanak-kanak iaitu :-
Immunisasi (pelalian) untuk kanak-kanak
Rawatan Asma
Phototherapy & Exchange Transfusion.
Rawatan bagi semua penyakit kanak-kanak sama ada kes rujukan atau "walk in".
Pakar Ortophedik
Pakar perunding klinik ini adalah seorang doktor pakar patah dan tulang yang berpengalaman luas iaitu Dr. Abdul Rauf B. Haji Ahmad. Beliau berkelulusan MD UKM dan mendapat Masters Of Surgery (Orthopedic) UKM.
Di antara rawatan yang ditawarkan oleh klinik pakar orthopedik ini adalah :-
Merawat kecederaan patah tulang dari semua aspek dari konsultasi, merawat dan membedah seperti "Open fracture",Closed Fracture"dan lain-lain
Merawat keadaan kecacatan kongenital pada kanak-kanak seperti "congenital talipes equinovarus"
Merawat kecederaan kanak-kanak termasuk patah tulang.
Memberi nasihat kepada pesakit tentang perawat scoliosis pada kanak-kanak atau peringkat remaja.
Merawat dan melakukan pembedahan pada tulang belakang untuk kes-kes seperti "prolapse intervertebral disc", "cervical spondylosis" dan lain-lain.
Memberi konsultasi dan rawatan kes-kes kecederaan sukan seperti "anterior cruciate ligament tear" dan lain-lain.
Merawat dan membedah kes-kes sakit sendi bahu & sakit degeneratif sesendi seperti "osteoarthritis" dan penyakit "osteoporosis".
Merawat kes jangkitan kuman seperti "osteomyelitis", "septic arthritis" dan lain-lain.
Memberi rawatan dan membedah kes-kes kecederaan tangan dan kaki seperti "tendon injury" dan lain-lain.
Memberi rawatan dalam lain-lain bidang orthopedik.
Pakar Bedah Am & Urologi
Pakar perunding klinik ini adalah Dr. Hassan Bin Mat. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang kepakaran ini dan sedang bertugas di Kampung Baru Medical Centre.
Di antara rawatan yang ditawarkan oleh klinik beliau adalah :-
Memberi rawatan bagi semua kes-kes bedah kecil dari semua aspek dari konsultasi, merawat dan membedah seperti "appendicectomy", "hernia", berkhatan kanak-kanak dan dewasa dan lain-lain rawatan dan pembedahan.
Merawat kes-kes yang lebih "major" seperti "laparotomy","cancer" "gastric ulcer"."cancer", "thyroid" dan lain-lain.
Pakar Telinga,Hidung & Tekak
Pakar perunding bertugas adalah Dr. Hazim Bin Mohd Senusi, seorang doktor pakar ENT yang berpengalaman luas.
Beliau berkelulusan B.Sc (MED) ,MD & M.S ORL dari UKM.
Di antara rawatan yang ditawarkan di klinik beliau adalah :-
Mengendalikan semua penyakit telinga dari segi memberi rawatan perubatan atau pembedahan seperti "chronic otitis media", "foreign body" di dalam telinga dan lain-lain.
Memberi rawatan dan pembedahan bagi penyakit hidung seperti resdung, polyp, sinusitis dan lain-lain.
Memberi rawatan dan pembedahan bagi penyakit di dalam kerongkong seperti Tonsillitis
Memberi kaunseling dan rawatan bagi orang yang kurang pendengaran (deafness).
